Sunday, February 6, 2011

Itu pokok sudah langgar sama saya

seorang pegawai polis sampai ditempat kemalangan. kelihatan seorang lelaki tua india terbaling lemah ditepi motosikalnya yang rosak teruk akibat kemalangan. tanpa mengelidik lebih lanjut, pegawai polis tadi memangku lelaki india itu dengan rasa sayu dan mula bertanya beberapa soalan.

polis : anne, apa pasal boleh eksiden?
india : semua orang gila tuan, bawa laju2.
polis : (lagi sayu) siapa bawa laju anne?
india : saya dari rumah, bawa itu motor, pegi kedai.
polis : Ooo...
india : saya pigi kedai. balik kidai saya bawa motor. ada lori, laju. banyak laju, makan saya punya jalan. mau langgar saya punya motor. nasib baik saya sempat elak. tarak jadi eksiden.
polis : banyak nasib baik anne. abis siapa langgar anne?
india : belum abis cerita la tuan. lagi, satu kereta makan saya punya jalan. mau langgar saya punya depan, saya elak. tarak jadi langgar.
polis : pergh.... nasib baik. jadi siapa yang langgar?
india : itulah tuan. dua kali saya boleh elak. lalu itu selekoh, ada satu pokok. bawa banyak laju. saya sudah banyak kali hon sama dia, dia tarak pigi tepi. boommmm, itu pokok sudah langgar saya. itulah cerita tuan.
polis : chit.... confirm mabuk todi haram ni. konstabel, gari anne ni, check level alkohol dia sekali. buang masa je aku simpati.

Thursday, February 3, 2011

Macam-macam roti ada tuan

Seorang penjual roti di langgar sebuah bas. Akibatnya, dia tercampak dari motor rotinya dan masuk ke dalam longkang..

Sementara itu rotinya bertaburan di atas jalan.. Sambil menyapu darah yang mengalir dari kepalanya.. dia terus merintih kesakitan.

Tak lama kemudian datanglah pihak polis menghampirinya dan bertanya..

"Ada apa encik..? Ada apa ?"

Dengan suara yang perlahan dan dengan merintih kesakitan.. penjual roti itu berkata,

"Macam-macam roti ada tuan. Adaaaaaa rotii kejuuuuuuu ... Adaaaaaa rotii coklaaaattt ..."

Tuesday, February 1, 2011

Siapa tak minat boleh keluar

Seorang professor sedang memberikan kuliah pada 300 orang muridnya di sebuah universiti.

Kata professor "Kalau anda tidak berminat dengan kuliah yang saya berikan, anda boleh keluar pada bila-bila masa".

Semasa kuliah berjalan selama 30 minit sedikit demi sedikit penuntut di kuliah tersebut keluar sehingga hanya tinggal seorang saja yang tinggal.

Setelah professor menghabiskan kuliahnya professar berkata,

"Terima kasih kerana sudi mendengar kuliah saya."

"Tidak mengapa tuan, sayakan driver tuan" balas orang itu.