Monday, September 20, 2010

Ayah Siapa Paling Hitam

Kononnya cerita ini berlaku di sebuah kampung di afrika barat daya yang di mana semua penduduknya berkulit hitam.Semakin hitam seseorang semakin dianggap hebat dan mulia.Pada suatu hari sepulangnya dari sekolah,ada tiga orang pelajar yang mengagung-agungkan ayah masing-masing.

Pelajar 1: Ayah aku hitam sekali.Kelmarin ayah aku membantu aku membuat sebuah kraftangan,tiba-tiba tangannya terluka dan mengeluarkan berdarah hitam.

Pelajar 2:Wah,itu masih kalah dengan ayahku!Ayah aku lagi hebat.Kelmarin ayah aku jatuh dari atap rumah,tangannya patah dan terlihat tulangnya berwarna hitam.Hebat kan?

Pelajar 3: Huh,itu semua tak hebat.Malam tadi sesudah makan seluruh keluargaku menonton televisyen.Tiba-tiba ayah aku kentut,langsung saja seluruh rumah aku jadi hitam; jadi gelap-gelita.

Pelajar 1&2:Wah,hebatnya ayah kau!


Sumber : email.

Wednesday, September 15, 2010

Kata-kata Yang Menusuk Jantung



Sumber : Tidak diketahui

Thursday, August 26, 2010

Personaliti Melalui Buah Yang Dimakan

Test ini sudah dicuba dan kebenarannya sudah terbukti. Pilihan anda menunjukkan keperibadian anda.

Anggap diri anda saat ini sedang memasuki sebuah rumah kecil di tepi sungai di tengah hutan tebal. Setelah Anda buka pintunya dan masuk, didalamnya terdapat:

7 tempat tidur kecil di sebelah kanan di sebelah kiri, terdapat meja makan yang dikelilingi 7 kerusi kecil. Di tengah-tengah meja terdapat sebuah bekas dengan 6 macam buah. Buah-buahan tersebut terdiri daripada:

a. epal
b. pisang
c. limau
d. mangga
e. rambutan
f. betik

Buah manakah yang akan anda pilih?

Pilihan anda akan menunjukkan sifat-sifat peribadi anda! Berfikirlah dengan berhati-hati.

(JGN TGK JAWAPAN DI BAWAH DULU... ... PILIH DULU BUAH APA... ... )))























Ini dia jawapannya...

a. jika anda pilih epal: bererti Anda adalah orang yang suka makan epal

b. jika anda pilih pisang: bererti Anda adalah orang yang suka makan pisang

c. jika anda pilih limau: bererti Anda adalah orang yang suka makan limau

d. jika anda pilih mangga: bererti Anda adalah orang yang suka makan mangga

e. jika anda pilih rambutan: bererti Anda adalah orang yang suka makan rambutan

f. Jika anda pilih betik: bererti Anda adalah orang yang suka makan betik


Lawak ini ditaja oleh :

Friday, July 30, 2010

Sesat

pada satu hari ada seorang mamat ni datang dari bandar untuk pergi ke kampong saudaranya....dia tak tahu selok belok kampong tersebut...dia terjumpa lah pak aji untuk bertanya.....!!

mamat : tok tolonglah saya ni dah sesat...

pak haji : syukurlah....kau dah insaf....bertaubatlah...pintu taubat masih terbuka.

mamat : err..taubat apa pulak ni tok?saya ni sesat jalan...bukannya sesat kerana ajaran sesat...

pak aji : aiseh...silap tafsir la....


IZZI ADVERTIZING--------------------------------------------

Friday, July 23, 2010

Lori Atau Rumah?

aku yakin ramai antara kita yang kadang2 terpaksa bergaduh laki bini sebab memilih sama ada nak membeli kenderaan baru atau kediaman baru. ini bagi yang kurang berduitlah, yang kaya diorang tak kisah, jangankan kata nak beli rumah, kawin ramaipun diorang sanggup.

aku ada penyelesaian bagi masalah korang tu, idea ini datangnya dari seorang sahabat dari kepulauan galapagos. jadi kepada sahabat2 yang berminat untuk membeli kediaman baru dan dalam masa yang sama turut beroleh kenderaan baru, tempahahlah ia sekarang.

installment murah je, dalam rm30 sebulan, selama 30 bulan.

Sunday, May 2, 2010

Bapa Pukul Anak Kerana Pakai Tudung

Sadis betul...
Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu. Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang.

Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak
benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunialama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar. Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.
Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah.

Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain.
Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!! Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never! Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!" Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar!
Panggggggggggggggggggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku
di celah set sofa. "Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau
adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggggggg....! Bapaku labuh pelempang ke muka aku sekali lagi
sebelum aku abis bercakap. "Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang
la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!". Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!


Sumber : http://alizan75.blogspot.com

Monday, March 8, 2010

Sanggup Buat Apa Saje

Milah terkenal dengan kecantikan dan keseksiaan hampir sahaja gagal dalam peperiksaannya segera berjumpa dengan pensyarahnya yang masih bujang itu. Dia melihat kekiri dan kekanan sebelum menutup pintu dan berlutut didepan pensyarahnya dengan aksi menggoda.

“Tuan pensyarah, Saya sanggup buat apa sahaja asalkan saya lulus peperiksaan ini….”, kata Milah sambil menggoda.

Milah mendekati pensyarahnya, menyelak rambutnya, dan menatap mata pensyarahnya.

“Saya bersedia melakukan apapun, apa sahaja yang tuan mahukan…”

Pensyarah : “Apa sahaja?”

Milah : “Ya. Apa sahaja!”

Pensyarah mengulangi pertanyaannya : “Betul ke, apa sahaja?”

Dengan manjanya Milah menjawab : "Apa sahaja….”

Akhirnya, pensyarah berkata “sanggupkah kamu……… belajar dan terus belajar?”



IZZI ADVERTIZING---------------------------