Wednesday, October 29, 2008

Lawak Bergambar Siri 2/2




Lawak Bergambar Siri 1/2





Hospital Patient

A sweet old lady telephoned St. Joseph's Hospital. She timidly asked, "Is it possible to speak to someone who can tell me how a patient is doing?" The operator said, "I can, what's the name and room number?"

The old laday in her weak voice said, "Norma Findlay, Room 302."
The operator replied, "Let me place you on hold while I check with her nurse."

After a few minutes the operator returned to the phone and said, "Oh, I have good news, her nurse just told me that Norma is doing very well. Her blood pressure is fine; her blood work just came back as normal and her physician, Dr. Cohen, has scheduled her to be discharged on Tuesday."

The old lady said, "Thank you. That's wonderful! I was so worried! God bless you!"
The operator replied, "You're more than welcome. Is Norma your daughter?"
The grandmother said, "No, I'm Norma Findlay in 302. No one tells me shit."


Sumber : http://burungbelatuk1.blogspot.com

Tuesday, October 28, 2008

Ganti Pakaian

Dalam Kompeni A sebuah pasukan tentera yang sudah berbulan-bulan bertugas di pedalaman Sarawak, sampai suatu ketika mereka dikumpulkan oleh Kapten mereka.

"Saya ada dua berita untuk kamu semua, berita baik dan berita buruk. Berita baiknya, hari ini pakaian dalam kita akan diganti..."

"Horaiii! Siap, kapten!" jerit seluruh anggota pasukan dengan gembira.

"Nah, sekarang berita buruknya. Ahmad, ganti pakaian dalam kamu dengan kepunyaan Abu. Ah Meng, kamu ganti dengan kepunyaan Salim..."

Sumber : http://gelihati.blogspot.com

Friday, October 24, 2008

ashtray

Pada 1 hari yg cerah, secara kebetulan adelah 2 org pemuda ni melangkah masuk ke sebuah restoran terkemuka dengan gaya ala-ala macho. Dorg ni bukan sedara dan tak kenal pun sblm nie..pas tu masing masing pun dudukla di meja pilihan masing2 yang bersebelahan. nak dijadikan cerita sampai pada time order makanan..

Pemuda 1: gv me meehoon tomyam seafood

Pemuda 2: sama

Pemuda 1: strawberry float 1

Pemuda 2: aku pun nak strawberry float 1

Pemuda 1: bagi juga skyjuice 1 glass

Pemuda 2: sama.. skyjuice

Pemuda 1: bawakan aku ashtray yaa..

Pemuda 2: aku pun sama.. bagi aku ashtray


Disebabkan heran + bengang dengan pemuda di sebelah yg asyik mengikut benda2 yg diordernya, maka

Pemuda 1: Hei sedara, apahal dgn u ni.. dahla semua yg aku order u pun ikut order.. ashtray yg aku mintak pun kamu nak sama juga.. takder taste sendiri ker atau sengaje nak cari pasal?? mintaklah benda lain.. asyik tiru org je.. huh!!

Dengan konfidennya pemuda 1 menjawab: Hei sedare.. ingat lu sorang ke pandai makan ashtray??!!


Sumber : www.LawakJenaka.com

Thursday, October 23, 2008

Jangan Benci Kucing

Jangan Benci Kucing - sama-samalah kita ambil pengajaran..

Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.

Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam.

Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya,Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya. Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya.

Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.

Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi , Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam karung beras Mehsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan mengikut rentak lagu Cindai nyanyian Siti Nurhaliza.

Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.

Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lenggan.

Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semual jalan ditempuh, sekijap ke kiri, sikijap ke kanan, yang lurus, yang bengkok,segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok dibuang begitu sahaja.

Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.
Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuh suspen lagi berdebar-debar. ..

Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah keheranan.

Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi...

Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.

Budin. Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni


Sumber : email daripada azrin (selangor)

Wednesday, October 22, 2008

Helah nak kahwin satu lagi

Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.

Antara alasan yang diberikannya:

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah

Isteri : Kenapa pula?

Suami : Cubaterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga" isteri (is three). Baru betul dan sah!.

Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"

Suami : Contohnya?

Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural

Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang

Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je, kan?

Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi...