Sunday, February 6, 2011

Itu pokok sudah langgar sama saya

seorang pegawai polis sampai ditempat kemalangan. kelihatan seorang lelaki tua india terbaling lemah ditepi motosikalnya yang rosak teruk akibat kemalangan. tanpa mengelidik lebih lanjut, pegawai polis tadi memangku lelaki india itu dengan rasa sayu dan mula bertanya beberapa soalan.

polis : anne, apa pasal boleh eksiden?
india : semua orang gila tuan, bawa laju2.
polis : (lagi sayu) siapa bawa laju anne?
india : saya dari rumah, bawa itu motor, pegi kedai.
polis : Ooo...
india : saya pigi kedai. balik kidai saya bawa motor. ada lori, laju. banyak laju, makan saya punya jalan. mau langgar saya punya motor. nasib baik saya sempat elak. tarak jadi eksiden.
polis : banyak nasib baik anne. abis siapa langgar anne?
india : belum abis cerita la tuan. lagi, satu kereta makan saya punya jalan. mau langgar saya punya depan, saya elak. tarak jadi langgar.
polis : pergh.... nasib baik. jadi siapa yang langgar?
india : itulah tuan. dua kali saya boleh elak. lalu itu selekoh, ada satu pokok. bawa banyak laju. saya sudah banyak kali hon sama dia, dia tarak pigi tepi. boommmm, itu pokok sudah langgar saya. itulah cerita tuan.
polis : chit.... confirm mabuk todi haram ni. konstabel, gari anne ni, check level alkohol dia sekali. buang masa je aku simpati.

Thursday, February 3, 2011

Macam-macam roti ada tuan

Seorang penjual roti di langgar sebuah bas. Akibatnya, dia tercampak dari motor rotinya dan masuk ke dalam longkang..

Sementara itu rotinya bertaburan di atas jalan.. Sambil menyapu darah yang mengalir dari kepalanya.. dia terus merintih kesakitan.

Tak lama kemudian datanglah pihak polis menghampirinya dan bertanya..

"Ada apa encik..? Ada apa ?"

Dengan suara yang perlahan dan dengan merintih kesakitan.. penjual roti itu berkata,

"Macam-macam roti ada tuan. Adaaaaaa rotii kejuuuuuuu ... Adaaaaaa rotii coklaaaattt ..."

Tuesday, February 1, 2011

Siapa tak minat boleh keluar

Seorang professor sedang memberikan kuliah pada 300 orang muridnya di sebuah universiti.

Kata professor "Kalau anda tidak berminat dengan kuliah yang saya berikan, anda boleh keluar pada bila-bila masa".

Semasa kuliah berjalan selama 30 minit sedikit demi sedikit penuntut di kuliah tersebut keluar sehingga hanya tinggal seorang saja yang tinggal.

Setelah professor menghabiskan kuliahnya professar berkata,

"Terima kasih kerana sudi mendengar kuliah saya."

"Tidak mengapa tuan, sayakan driver tuan" balas orang itu.

Thursday, December 2, 2010

Hak Penjagaan Anak

Sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. Lepas tu mereka pun pegi ke pejabat agama, jumpa kadi nak minta nasihat.

Kadi tanye kat pompuan tu... . "Kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak tu?

Pompuan tu jawab... "Saya yang mengandungkan anak tu. saya yang melahirkan anak tu. dia keluar dari perut saya."

Si jantan (suami) terkedu sebab dia tau pas ni kadi akan tanye dia lak. ahhh... sudah... mende aku nak goreng kadi ni... .

Kadi pun tanye si jantan... "Hah... kamu.... bagi alasan kenapa anak tu kamu yang patut bela"

"Tuan kadi... kalaulah saya ada syiling seringgit, dan saya 'masukkan' dalam vending machine, pas saya tekan satu butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman. Saya nak tanye tuan.. air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin ?"

Jawab kadi.."Hak kamu le.."

Jantan tu kata lak.."Hah... sama le kes ni pun..."


Sumber Lawak : email kiriman Hermawan AriffBudiman (P.Pinang)


Friday, November 26, 2010

Siapa Kata Bayi Perlu Lampin Pakai Buang

dalam keadaan benda yang serba mahal sekarang ni, kita semua kena berjimat. ye lah, ada banyak benda yang sebenarnya kita cuma perlu sedikit kreativiti untuk berjimat. contoh penjimatan paling besar ialah dengan mengurangkan atau memansuhkan penggunaan lampin pakai buang anak2 kita. ye lah, beli mahal2, kemudian kena buang. bukannya boleh pakai berulang2 kali.

apa? takut anak kebasahan bila tidur, dengan menggunakan otak, kita masih boleh berjimat dan anak boleh tidur lena.

Monday, November 22, 2010

Siapa Kata Kereta Malaysia Tak Kukuh?

ramai kata kereta malaysia tak kukuh, buat dari tin susu, dan pelbagai menda alah lagi. diorang salah, kereta malaysia sebenarnya sangat kukuh, tahan lasak dan tahan lama.

ini adalah salah satu contoh :



kereta malaysia ni mampu mengangkut ribuan pokok didalam satu2 masa. err... atau ia tahan lama sampai tumbuh pokok2 didalamnyapun masih berfungsi. err....

psstt : aku lawak je.

Tuesday, November 16, 2010

Penjual Gadis Dikehendaki ?

salam bidang pengiklanan ni memang rata2 menggunakan bahasa inggeris. itu sebenarnya suatu tamparan kepada penggunaan bahasa malaysia yang menjadi bahasa utama negara kita. dalam kegairahan pihak tertentu menggalakkan penggunaan bahasa malaysia pada iklan mereka, mereka sebenarnya telah merosakkan bahasa itu sendiri. mau tidaknya, bahasa malaysia di tafsirkan secara terus daripada bahasa inggeris. ayat yang baik maksudnya, bila dah dialihbahasa tiba2 menjadi pelik dan biadap pulak.

ini adalah salah satu contoh. "sales girl wanted" setelah dialihbahasakan :-




IZZI ADVERTIZING-----------------------------------