Tuesday, June 30, 2009

PENGUMUMAN BARU OLEH PM (elaun sara hidup)

PEKELILING 11 - Kerajaan bersetuju memberikan Elaun Sara Hidup (COLA) tanpa mengira pangkat dan tempat bertugas semua pekerja awam dan swasta sebanyak RM500.00 seb ula n berkuatkuasa Ogos 2009 bagi menampung kenaikan harga minyak dan barang-barang. Langkah yang serupa disarankan kepada pihak swasta bagi menjamin keharmonian rakyat..

Elaun COLA ini boleh dituntut di semua Pejabat Pos dan BSN di seluruh negara m ula i jam 1 pm hingga 4 pm pada setiap hari kecuali hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta hari-hari kelepasan am.

Kakitangan awam & swasta perlu menunjukkan kad pengenalan diri Jabatan untuk mendapatkan borang permohonan dan wang akan dibayar selepas penyerahan borang yang lengkap beserta dengan syarat2 berikut :-

1. Surat Perlantikan Kerja - Original
2.. Surat Pengesahan Kerja- Original
3. Surat Akuan Majikan - (tempat terakhir masih bertugas)

dan...

/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/


80 penutup botol Coca-Cola... ... Baru sesuai dengan namanya Elaun Cola!

Haaaahahaha! !!! Dah! Pergi sambung kerja.... kalau pasal duit semua mata besar belaka ekk.....


Whuawhuawhuawhuaaaa……..
Jangan saya sorang jer terkena….that y,share dgn korang..ahakkk!!

Sumber : email dari Puan Ila (sijangkang, Selangor)

IZZI ADVERTIZING----------------------------------------





Monday, June 29, 2009

Arahan Biar Jelas

All members of staff - please note that due to recession, there will only be one drink per person at this year's Annual Party.

And please bring your own cup!

Regards,

Management

*
*
*
*
*
*
*
*
And what happened at the annual party !!! (Scroll down)
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

OFFICE MEMO:




The specifications were missing in the memo (size of cup).

Moral of the story:
Be very specific in your daily life including project work.
Give specific specifications.

Sunday, June 28, 2009

Undang-undang Seluruh Dunia

Aku tak tau betul ke tidak adanya undang2 ni, tapi macam betul. layan je lah....

THAILAND :

* Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.

SWISS :

* Dilarang berkebun di hari minggu.

SWEDIA :

* Dilarang mengecat rumah tanpa izin dari kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi dari mereka.

KOREA SELATAN :

* polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima dari para pemandu yang ditahan.

SINGAPURA :

* Dilarang berjalan (bogel)
* Tidak flusk jamban setelah buang air di toilet, dikenakan denda.

UNITED KINGDOM :

* Dilarang menjual sayuran di hari minggu .
* Wanita dilarang makan coklat di tempat umum.

MEXICO :

* Wanita yang bekerja dilarang mengenakan pakaian seksi yang dapat “memprovokasi� rakan kerja selama jam kerja.
* Dilarang memaki di tempat umum.

AUSTRALIA :

* Dilarang mengangkat telepon pada deringan pertama.
* Dilarang mengenakan spenda Hot Pink di hari minggu.

YUNANI :

* Dilarang mengenakan topi di stadium , kerana dapat mengganggu pandangan orang lain.

KANADA :

* Dilarang menempel plester luka di tempat umum.
* Dilarang menyirami tananam di kebun waktu sedang hujan.
* Dilarang memanjat pokok.

PERANCIS :

* Dilarang berciuman di keretapi bawah tanah.

ISRAEL :

* Dilarang memelihara babi di Israel . Orang yang melakukannya akan ditembak mati.

AMERIKA :-
- ARIZONA :

* Dilarang memandu tanpa kasut.
* Dilarang bermain domino di hari Minggu.
* Dilarang memakai kumis palsu di gereja.
* Hukuman mati dikena bagi sesiapapun yang menaburkan garam di atas rel kereta api.
* Dilarang memandu dengan mata tertutup.

- ALASKA :

* Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur.
* Dilarang memberi minum bir pada rusa.
* Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.

- ARKANSAS :

* suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan.
* Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub.
* wanita yang saling menggoda di tepi jalan, akan dikenakan 30 hari penjara.
* Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama di hari Minggu.

- CALIFORNIA :

* Binatang peliharaan dilarang dibiarkan berhubungan seks di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.

- COLORADO :

* Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kenderaan Anda ditahan olehnya.

- CONNECTICUT

* Dilarang mencium istrinya di hari Minggu.

- FLORIDA :

* Dilarang bernyanyi di depan umum sambil mengenakan pakaian renang.
* Dilarang kentut di tempat umum setelah pukul 6 .
* Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari 3 buah sehari.

- WASHINGTON :

* Dilarang menyusui anak di tempat awam.

MALAYSIA

* Motosikal wajib memasang lampu pada waktu siang



Sumber : email daripada lizzam (selambakodok@yahoogroup)

Friday, June 26, 2009

Tak Boleh Tumpang Lagi

Seorang Tok Batin di Bukit Ibam telah membeli sebuah motosikal terpakai. Seperti biasa motorsikal tersebut tidak mempunyai mud-guard, side-mirror malah plate nombor.

Suatu hari Tok Batin ingin pergi ke Pekan. Dengan semangat yang berkobar-kobar Tok Batin mengunggang motor kapcainya melalui denai yang berbengkang-bengkok. Tiba dipertengahan jalan ia telah ditahan oleh seorang anak buahnya.

'Tok, tumpang ke Pekan'

' Boleh, naik di belakang' jawab Tok Batin sambil menunjuk ke belakang.

Sampai di suatu tempat , ada seorang anak buahnya lagi menahan Tok batin.

'Tok, boleh tumpang, kite nak ke Pekan ni'

'Apa salahnye, naiklah di belakang'

Motor pun sampailah ke jalan besar. Ada kira-kira lima kilometer lagi baru sampai ke Pekan. Tok Batin pun memecut motorsikalnya dengan membawa dua orang anakbuahnya di belakang. Hembusan angin yang meniup tiga biji kepala tanpa topi keledar itu membuat perjalanan mereka sangat mengasyikkan.

Tiba di kilometer dua, sekatan jalanraya sedang diadakan. Seorang polis trafik menghulur tangan menahan mereka. Tok Batin dengan muka selamba memecut motornya dengan bertambah laju melepasi sekatan tersebut.

Melihat beberapa kesalahan yang dilakukan oleh Tok Batin,polis trafik terus mengejar beliau. Ia dapat memintas Tok Batin. Tok Batin dengan serta merta memberek motorsikalnya.

'Oi ape ni, nak bunuh kite ke. Berhenti depan kite macam ni. Tenguk belakang kite ade due orang anak buah kite. Kamu takpe le pakai topi keras, yang kite ni kepale togel, kalau jatuh tak ke kite mati.' Marah Tok Batin.

'Pak Cik, kenapa bila saya tahan Pak Cik tak berhenti tadi'

'Oi, tak ade otak ke, belakang motor kite dah penuh due, tak boleh tumpang lagi lerr... '


Sumber : email daripada ila (sijangkang)

Thursday, June 25, 2009

HARIMAU PALING BESAR DAN MERBAHAYA

TUARAN, SABAH 26 MEI 1989 : Hasil penyelidikan dan kajian selama berbulan-bulan oleh sekumpulan penyelidik haiwan dari Universiti Malaya di hutan sekitar kawasan pedalaman Sabah bagi mengesan harimau misteri yang sering menggangu penduduk setempat telah berjaya menemukan spesis harimau yang terbesar dan merbahaya pernah dijumai di dunia. Haiwan itu yg berketinggian hampir 4 meter dan dikatakan lebih tinggi dan merbahaya dari harimau pra-sejarah iaitu Sabre-tooth Tiger yang sering dijumpai di sekitar kawasan sejuk seperti di kawasan utara Kanada pada zaman pra-sejarah.

Sebelum ini, sejak 5 tahun lalu terdapat banyak laporan kehilangan haiwan ternakan di kawasan perkampungan Tuaran itu yang menyebabkan pekebun dan petani di kawasan itu takut untuk keluar berkebun dan menjalani kehidupan seharian.Ketua Biro Pertanian dan Ternakan JKK Kampung Panching, Deraman Abdullah, 60, berkata, sebelum itu, seekor lembu betina menjadi mangsa harimau yang dipercayai datang dari hutan bersebelahan ladang berkenaan.

Katanya, ancaman harimau belang itu yang berlaku sejak lebih lima tahun lalu menjadi lebih serius sejak kebelakangan ini.Kejadian terbaru berlaku Khamis lalu apabila tiga lembu hilang juga dipercayai dibaham harimau berkenaan.

Dalam pada itu,komen pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah yang ditemui berkata "Daripada saiz tapak kaki yang besar dan menakutkan itu, saya yakin harimau belang yang mengganas ini sebesar anak gajah dan bergerak secara sendirian mungkin selepas berpisah dengan ibunya. ini berpandukan kesan jejakan nya yang mendalam dan terbenam dan agak pelik perilakunye seperti yang dilaporkan penduduk tempatan. Jadi kami memanggil penyelidik haiwan dari Universiti Malaya ini."

Dan akhirnya harimau misteri dan mengganas hampir 5tahun ini akhirnya berjaya ditangkap oleh penyelidik-penyelidik ini dan didapati harimau ini merupakan spesis yang belum dikenalpasti lagi dan dikatakan hampir pupus. Spesis terbaru ini yang akhirnya diberi nama 'cikjahtomau' oleh pasukan penyelidik ini berjaya dipindahkan ke Zoo Melaka dan bakal menjadi tontonan umum.


Gambar harimau misteri yang ditangkap ketika dipamerkan di Zoo Melaka:




Sumber cerita & gambar : email daripada ila (http://sinopsisdariku.blogspot.com)