Showing posts with label Lawak Haiwan. Show all posts
Showing posts with label Lawak Haiwan. Show all posts

Wednesday, February 3, 2010

Ayam & Kambing

Pada suatu hari,ayam telah menghiaskan dirinya dengan menyangkut manik-manik yang berkilauan pada setiap helaian bulunya. Tajinya diasah sehingga berkilauan dan berjalanlah ia menuju ke kediaman kambing.

Tiba di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya itu.

Ayam : Kambing, pekabo?

Kambing : Baik. Wah,ayam. Bukan main lagi kau. Kau nak ke mana
hensem-hensem ni.

Ayam : Takde ke mana. Sesajalah nak tengok riaksi engko.

Kambing : Tapi kan ayam, macam mana pun ko berhias, ko jalan tetap kaki ayam, kan?

Ayam : Ko kutuk aku ye. Ko pun apa kurangnya.....

Kambing : Apsal pulak?

Ayam : Nampak macam alim. Bela janggut. Tapi TELUR nampak...



Sumber : Email daripada tok cindai (telok gong)


IZZI ADVERTIZING------------------------------------------

Tuesday, September 29, 2009

Beruang, Singa & Babi

Beruang, Singa dan Babi bertemu di hutan...



Beruang : "Korang tau tak, sekali aku mengaum, seluruh hutan menggigil."



Singa : "Ek eleh! Tak power lagi. Aku kalo mengaum, semua belantara kegerunan."



Babi kata: "Wa La Weh.... Aku bersin skali aje, satu dunia panik beb!!"


Beruang & Singa : Babi kau!!


Sumber : email daripada lyn (seremban, n.sembilan)

Friday, September 25, 2009

Peluk Kuat-Kuat Bek-Bek








Sumber : Email daripada lyn (Seremban, Negeri sembilan)

Thursday, June 25, 2009

HARIMAU PALING BESAR DAN MERBAHAYA

TUARAN, SABAH 26 MEI 1989 : Hasil penyelidikan dan kajian selama berbulan-bulan oleh sekumpulan penyelidik haiwan dari Universiti Malaya di hutan sekitar kawasan pedalaman Sabah bagi mengesan harimau misteri yang sering menggangu penduduk setempat telah berjaya menemukan spesis harimau yang terbesar dan merbahaya pernah dijumai di dunia. Haiwan itu yg berketinggian hampir 4 meter dan dikatakan lebih tinggi dan merbahaya dari harimau pra-sejarah iaitu Sabre-tooth Tiger yang sering dijumpai di sekitar kawasan sejuk seperti di kawasan utara Kanada pada zaman pra-sejarah.

Sebelum ini, sejak 5 tahun lalu terdapat banyak laporan kehilangan haiwan ternakan di kawasan perkampungan Tuaran itu yang menyebabkan pekebun dan petani di kawasan itu takut untuk keluar berkebun dan menjalani kehidupan seharian.Ketua Biro Pertanian dan Ternakan JKK Kampung Panching, Deraman Abdullah, 60, berkata, sebelum itu, seekor lembu betina menjadi mangsa harimau yang dipercayai datang dari hutan bersebelahan ladang berkenaan.

Katanya, ancaman harimau belang itu yang berlaku sejak lebih lima tahun lalu menjadi lebih serius sejak kebelakangan ini.Kejadian terbaru berlaku Khamis lalu apabila tiga lembu hilang juga dipercayai dibaham harimau berkenaan.

Dalam pada itu,komen pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah yang ditemui berkata "Daripada saiz tapak kaki yang besar dan menakutkan itu, saya yakin harimau belang yang mengganas ini sebesar anak gajah dan bergerak secara sendirian mungkin selepas berpisah dengan ibunya. ini berpandukan kesan jejakan nya yang mendalam dan terbenam dan agak pelik perilakunye seperti yang dilaporkan penduduk tempatan. Jadi kami memanggil penyelidik haiwan dari Universiti Malaya ini."

Dan akhirnya harimau misteri dan mengganas hampir 5tahun ini akhirnya berjaya ditangkap oleh penyelidik-penyelidik ini dan didapati harimau ini merupakan spesis yang belum dikenalpasti lagi dan dikatakan hampir pupus. Spesis terbaru ini yang akhirnya diberi nama 'cikjahtomau' oleh pasukan penyelidik ini berjaya dipindahkan ke Zoo Melaka dan bakal menjadi tontonan umum.


Gambar harimau misteri yang ditangkap ketika dipamerkan di Zoo Melaka:




Sumber cerita & gambar : email daripada ila (http://sinopsisdariku.blogspot.com)

Thursday, October 23, 2008

Jangan Benci Kucing

Jangan Benci Kucing - sama-samalah kita ambil pengajaran..

Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.

Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam.

Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya,Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya. Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya.

Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.

Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi , Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam karung beras Mehsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan mengikut rentak lagu Cindai nyanyian Siti Nurhaliza.

Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.

Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lenggan.

Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semual jalan ditempuh, sekijap ke kiri, sikijap ke kanan, yang lurus, yang bengkok,segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok dibuang begitu sahaja.

Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.
Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuh suspen lagi berdebar-debar. ..

Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah keheranan.

Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi...

Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.

Budin. Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni


Sumber : email daripada azrin (selangor)

Tuesday, October 7, 2008

Aku Abang Dia

Suatu hari azman dan isterinya pulang dari kerja seperti biasa...

Tapi ada sesuatu yang luar biasa berlaku pada hari itu. Cuaca panas menjadi lebih panas buat azman kerana tersekat didalam trafic jam..

Azman : Ish!, geram betul aku. Jalan tidak pernah sesesak ini, kenape pula sesak hari ni"

Isteri : Sabarlah abang, mungkin kerja-kerja pembaikan jalan sedang dijalankan, tak pun ada kemalangan ke".

Dengan perasaan marah Azman berkata " Sabar!, Sabar!,Sabar! , itu ajelah yang awak tau". Kenderaan dihadapan masih tidak bergerak. Malah orang ramai makin ramai berkumpul.

Azman : Ini tak boleh jadi nie. Aku mesti buat sesuatu"
Azman keluar dari keretanya dan berjalan menuju ke arah orang ramai dan bertanya apa yang berlaku. Ada accident la encik. kata sorg mat rempit. Lalu Azman pun menjerit " Tepi, tepi. Aku abang dia!!!!!!!!. Tepiiiii, Akuuuu abanggggggg diaaaaaaaaaaaaa!!!!!!

Orang ramai yang berkumpul mula bergerak memberi laluan sambil berpandang sesama sendiri dengan penuh persoalan.

Dalam hati azman berbangga dan berkata "menjadi juga idea aku ni"

Tetapi apabila menghampiri kawasan berkenaan alangkah terkejutnya azman matanya bulat bagai nak terkeluar apabila dia melihat keadaan adiknya yang kemalangan itu....
............ .
............ ....
............ ......... ...
............ ......... ......... .
............ ......... ......... ........
,.............................. .........................
................ ............... ................. ....................


Azman meratap sambil menutup muka dengan tapak tangannya.
Dalam hati dia berkata Oh! malu semalu malunya aku kerana adikku seekor monyet!!!!!! !


Sumber : email daripada azrin.

Monday, September 22, 2008

Koleksi Lawak Pendek

Dua Pesakit Jiwa
Ada dua pesakit yang dirawat di rumah sakit jiwa sedang menyusun rancangan untuk melarikan diri. Mereka merancang untuk menggunakan tangga yang akan diletakkan di pintu pagar RSJ tersebut. Rancangan itu telah disusun dengan teliti sekali. Sebelum melarikan diri, diutuslah orang gila pertama untuk melihat situasi di depan. Kemudian dia melaporkan pada orang gila kedua.
Gila 1 : "Aduh, rancangan kita pasti gagal"
Gila 2 : "Mengapa?Apakah pintu keluar dijaga ketat ?"
gila 1 : "Tidak, sama sekali tidak ada penjaga"
gila 2 : "Jadi mengapa ?'
gila 1 : "Kerana pintunya tidak ada. Dimana kita akan meletakkan tangganya ?"

Restoran terbersih
Pemilik : "Bagaimana perasaan Anda terhadap hidangan dan pelayanan kami?" Lelaki : "Ada satu perkara yang boleh saya katakan. Anda memiliki dapur yang paling bersih di bandar ini." Pemilik : "Dapur yang paling bersih?... Anda kan tidak pergi ke dapur. Bagaimana Anda boleh tahu yang dapur kamilah yang paling bersih?" Lelaki : "Sebab.. Semua makanan yang kami makan berbau sabun."

Guru Dan Murid
Guru : Budin, di mana letak Australia ? Budin : Di sini, cikgu! ( sambil menunjuk peta ) Guru : Bagus! Sekarang Abu, siapa yang menemukan Australia? Agus : Abu, Cikgu!

Anak Dan Bapa
Dodo pulang dari sekolah bercerita pada bapanya yang tidak pernah bersekolah. "Bapak..tadi saya dimarahi cikgu!" "Kamu buat silap apa, Dodo?" "Tadi saya tak dapat menjawab pertanyaan cikgu." "Apa yang ditanya cikgu?" "Cikgu tanya..dimana letaknya Washington.." "Bodohnya kamu! Lain kali kalau kamu sudah meletakkan sesuatu benda, jangan lupa kat mana tempatnya!"

Ahli Silap Mata dan Burung
Seorang ahli silap mata mempertunjukkan kebolehannya di sebuah kapal mewah di lautan Caribbean. Penontonnya selalu berganti setiap minggu tetapi dia tetap mengulang-ulangi trik yang sama.Masalahnya adalah: Seekor burung kakak tua yang pandai berkata-kata milik kapten kapal selalu melihat pertunjukannya setiap minggu dan menjadi tahu tipuan-tipuan yang dilakukan oleh ahli silap mata . Suatu malam ketika ahli silap mata membuat pertunjukan, si burung berteriak di tengah-tengah pentas. "Lihat.. !! Itu bukan topi yg sama !!" "Dia menyembunyikan bunga-bunga itu di bawah meja !!" "Hey... semua daun terupnya,daun A !! " Si ahli silap mata sangat jengkel tapi tidak dapat berbuat apa-apa. Suatu hari kapal tersebut mengalami kecelakaan dan tenggelam. Si ahli silap mata terapung2 di tengah lautan di atas sebuah papan bersama si burung kakak tua. Mereka saling pandang memandang dgn penuh kebencian tapi tidak mengucapkan satu patah kata pun.Ini berlangsung berhari-hari.Si ahli silap mata pun hairan kenapa si burung tak mahu terbang menyelamatkan diri.Setelah satu minggu, tiba-tiba si burung berkata "OK... saya menyerah!! Di mana kamu sembunyikan kapalnya ??"

Russian dan Amerikan Dua orang lelaki, seorang dari Rusia, seorang dari Amerika sedang berdebat tentang kebebasan bersuara di negara masing-masing. Sam : Di negara saya, orang bebas menuntut, memaki-maki, bahkan pada presiden sekalipun. Stoikov : Saya kira bukan hanya di negara anda sahaja yang ada kebebasan. Di Rusia, orang juga bebas memaki-maki presiden Amerika.

Sumber : http://cabaiburung.blogspot.com

Wednesday, September 17, 2008

Tuesday, September 9, 2008

Antologi Lawak Pendek

Lawak 1

Majikan : kamu di pecat!
Pekerja : tapi saya tidak melakukan apa-apa!!
Majikan : itu lah sebabnya mengapa kamu di pecat..


Lawak 2

Tuan rumah : adakah kamu telah mencuci ikan ini sebelum kamu mengorengnya.
Pembantu rumah : saya fikir itu tidak perlu apa gunanya mencuci ikan yang memang berada dalam air seumur hidupnya.

Lawak 3

Seorang penumpang kapal terbang bertanya kepada seorang wanita tua disebelahnya.

Penumpang : makcik tahu tak nama lapangan terbang yang kita lepasi tadi?
Makcik : tidak.makcik tak tau.kenapa?
Penumpang : sebab anak makcik turun di situ tadi dan tidak naik semula.

Lawak 4

Guru : louie, jika saya beri awak dua ekor arnab hari ini , dan dua ekor lagi pagi esok berapa ekor arnab yang kamu ada di rumah?
Louie : tujuh
Guru : apa maksud kamu "tujuh"?
Louie : yalah, saya sudah ada tiga ekor arnab di rumah.

Lawak 5

Seorang penerbit filem mahu menerbitkan sebuah filem yang paling canggih dalam dunia, dan dalam filem itu ada adegan pertempuran yang paling hebat pernah diadakan.

Penerbit : saya akan menggunakan dua pasukan tentera setiap satu mempunyai 25 ribu tentera.
Pengarah : kalau 2 pasukan mejadi 50 ribu, bagaimana kita mahu membayar mereka?
Penerbit : ini lah yang saya telah rancangkan, kita gunakan peluru hidup!

Lawak 6

Anak ular : ibu kita nie beracun tak?
Ibu ular : tidak.mengapa tanya?
Anak ular : saya baru saja tergigit lidah saya!

hehehhehehe.. "


Sumber : http://www.exkolejeon.org

Sunday, September 7, 2008

CERITA AYAM YANG MACHO

Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di Gunung Semanggul.tentang sebuah peternakan ayam. Disana ada 5 Ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang umurnya sudah lanjut dimamah masa (cewah-cewah cam lam novel percintaan lak).Karena merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu nganya.

Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua menjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan hasat dengki menguasai dirinya, mulalah diyer mengatur srategi. Lalu terjadi percakapan seperti ini :

Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku.

Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka,tua tak sedarkan diri.Hang tu dah tua dah tak larat dah so semua untuk aku sahaja.

Si ayam jalak tua : Eh a...berlagak tul mamat seekor ni (jalak tua bercakap dalam ati yer). Seper kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang rendah pada aku, kang aku sekeh kang... O.klah, aku maleh nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan eksennyer) so apa kata kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini ayam ini. Yang kalah kirim salam.

Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita nak buat pertandingan apa ni... cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat lawak loya beruk yer)

Si ayam jalak tua : Dak'ah! Senang jer pertandingan lumba lari. Sambil tersenyum kambing,

Si ayam jalak muda:Set

Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena aku sudah tua, aku minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter.

Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh keyakinan).

Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban yang mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter menyusul, si ayam jalak muda ditembak langsung oleh pemilik peternakan.

Kenapa?????

[jawapan ada di bawah]

Kata Pemilik : "Kurang ajar. INI AYAM JALAK-HOMOSEKS NI. Asal setiap kali aku beli dapat yang macam ni...?
SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK TUA AKU"

NiLAI MORAL : Jgn berlagak ngan org tua (depa banyak trick yer,) HORMATILAH
ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA...