Si suami berfikir sejenak, " bagaimanakah agaknya hendak memberitahu isteriku supaya mengejutku bangun lebih awal pagi esok supaya tidak tertinggal kapal terbang?' Dia enggan mengaku kalah untuk memulakan perbualan semula dengan isterinya. Sifat ini adalah lantaran keegoaannya di samping perasaan malu yang tidak bertempat, jadi dia mengambil keputusan untuk menulis nota dan meletakkannya di atas bantal isterinya. dalam nota itu tertulis: "tolong kejutkan saya pukul 5 pagi...,saya nak ke KL 1st flight esok." Lantaran yakin yang isterinya pasti akan membaca nota berkenaan, beliau pun tidur dengan aman. Apabila tersedar esoknya, si suami merasa sangat marah kerana hari sudah tengah hari dan isterinya tidak pun mengejutkannya pagi itu. Semasa dia bingkas bangun untuk mengamuk tiba-tiba dia terlihat sekeping nota diatas bantalnya yang tertulis:
"bang, bangun bang! dah pukul 5 pagi, nnti terlepas 1st flight".
iktibar : jangan sombong terhadap orang yg sering membantu kita atau pada org yg kita perlu untuk mendapatkan bantuan terutamanya suami atau isteri sendiri.
Sumber : Email daripada Azrin (Port Klang, Selangor)
IZZI ADVERTIZING-------------------------------------------------
