Seorang tua yang mempunyai 2 orang anak mewariskan dua ekor kuda kepada anaknya (Azwan dan Aznil).
Setelah orang tuanya meninggal, dua anak ini berbicang tentang bagaimana untuk membezakan kuda mereka,
Azwan : ekor kudaku akan ku potong biar berbeza dari kudamu
Aznil : baiklah, jadi kita akan senang membezakan kuda kita.
Tidak beberapa lama kemudian, kuda Aznil juga terputus ekornya
Aznil : Bagaimanakah caranya untuk membezakan kuda kita ni sekarang?
Azwan : Aku tak tahu, bagaimana kalau kita jumpa pakar kuda untuk mendapatkan pandangan
Aznil : Baiklah.
Mereka pun pergi berjumpa pakar kuda tersebut. Setelah memeriksa kedua-dua ekor kuda itu lebih satu jam, pakar kuda itu keluar dan memberitahu hasil penelitiannya.
Pakar Kuda : Cara membezakan kuda kamu senang saja, kuda yang putih ini lebih tinggi satu sentimeter daripada kuda yang hitam.
Azwan dan Aznil sangat gembira dengan kehebatan pakar kuda tersebut.
Sumber : email daripada saiful (taman pendamaran permai, port klang)
Gurauan atau Gangguan Seksual?
-
Gurauan atau Gangguan Seksual?
Pagi ini saya terpandang gelagat beberapa pekerja asing warga Myanmar bukan
syarikat saya yang berjalan beriringan hendak ke ...
7 years ago