Thursday, November 19, 2009

Tiga Abdul

Al kisah ada seorang ibu dengan tiga menantu daripada perkahwinan ketiga-tiga puterinya yang cantik. Si ibu mentua ingin tahu adakah ketiga-tiga menantunya itu sayang kepada mentua atau cuma anaknya sahaja.

Lalu dia memutuskan untuk menguji mereka secara perseorangan. Suatu hari dia mengajak menantu yang pertama naik perahu bermotor ke tengah laut.

Di sana, dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu ke dalam laut. Si menantu, tanpa berfikir panjang terus terjun menyelamatkan ibu mentuanya.

Esoknya ketika keluar rumah, si menantu pertama melihat kereta Nissan Grand Livina diletakkan di hadapan rumah dan sehelai kertas bertulis : "Dari ibu mentuamu".

Giliran menantu kedua pula diajak ke tengah laut. Sekali lagi si mentua berpura-pura terjatuh dari perahu. Menantu kedua terus terjun menyelamatkan mentua tercinta.

Esoknya di depan rumah, menantu kedua melihat Toyota Alphard dengan sehelai kertas tercatat tulisan : "dari ibu mentuamu".

Kini giliran menantu ketiga (agak cerdik orangnya dan selalu mengambil tindakan lain dari orang lain) diajak ke tengah laut. Si mentua kembali mengambil tindakan terjun ke laut. Tetapi malang, kali ini si menantu bercekak pinggang memandang ibu mentuanya yang tercungap-cungap di dalam air.

Dia berkata, "Rasakan!!!", sambil memusingkan perahunya ke daratan.

Esoknya ketika menantu ketiga itu bangun, di hadapan rumahnya kelihatan Mercedes S-Class terbaru bersama sekeping nota tertulis : "Daripada ayah mentuamu".


Sumber : Dipetik dari blog Cikgu Humairi (http://bulanjatuhkeriba.blogspot.com)