Saturday, August 27, 2011

Nampak Sangat Tulisan Hodoh

Seorang gadis sedang sibuk menulis di atas meja di dalam pejabat pos. Tiba - tiba dia didatangi oleh seorang lelaki separuh umur.

Lelaki : "Maafkan saya. Saya nak minta tolong sedikit ni.. Boleh tak saudari menulis dan menghantar poskad ini bagi pihak saya?"

Gadis tersebut bersetuju dan meminta barang - barang tersebut. Dia juga tidak kisah untuk menandatanganinya selepas menulisnya nanti.

Gadis : "O.k! Siap," (tersenyum sambil menghulurkan poskad yang telah ditulis dan ditandatanganinya. Gadis itu pun meminta diri.)

Tak sampai beberapa langkah berjalan, gadis itu berhenti kerana dipanggil oleh lelaki tadi.

Gadis : "Er... Ada apa-apa lagi yang boleh saya lakukan untuk encik?"

Lelaki : "Ya.. Di bahagian bawah poskad ini tolong tuliskan :

P/S - Maafkan saya kerana tulisan ini tidak cantik."