Tuesday, September 21, 2010

Mengapa Perlu Kahwin ???

saiful Nizam baru berusia 14 tahun. Dia tahu yang minggu depan kakaknya yang sulung akan berkahwin.

"Kakak... kenapa akak mesti kahwin?"
Tanya Saiful petah.

"Nanti Udin dah besar, epul tau sendiri la... ",
jawab Kakak Saiful.

Nyata saiful tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut.

Esoknya seperti biasa, saiful akan bertandang ke rumah syarizal dan hadi apabila balik dari kelas mengaji Quran. syarizal dan hadi merupakan sahabat baik dan mereka menyewa sebuah rumah berhampiran dengan rumah keluarga saiful. Mungkin kerana sama-sama masih teruna, saiful selesa duduk melepak di rumah syarizal dan hadi walaupun umur mereka jauh berbeza.

Semasa saiful sampai ke rumah bujang tersebut, syarizal dan hadi sedang asyik menonton cerita kegilaan mereka, CSI-Vegas.

"syarizal, kau tolong garu belakang aku! Aduh, gatalnya!" Pinta hadi.

"Ah, tak kuasa aku! Tulah! Aku suruh kahwin kau tak nak. Kalau tak, boleh gak bini kau tolong garu belakang." Balas syarizal pula.

saiful nizam tiba-tiba berasa amat gembira. Kini dia sudah dapat jawapannya.

"Kakak! Saya dah tahu sebab apa kakak kahwin!"
Kata saiful dengan girang.

"Sebab apa?"
Tanya Kakak saiful.

"Sebab gatal belakang!"
Jawab saiful yakin.

Bapa mereka yang terdengar perbualan saiful dengan kakaknya itu menyampuk,

"Salah Nak... sebenarnya gatal depan........"