Thursday, September 3, 2009

Puisi Suami Untuk Isteri Untuk Kahwin Lain

Isteriku,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu……
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet
lain…


Balasan Puisi Suami daripada Isteri

Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang
telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan….
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu…
AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti…
Cuba lihat siapa dirimu…
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan
cuma mancis saja!!!!!
please lah….!!!



IZZI ADVERTIZING-----------------------------------------









Get paid for your opinions! Click on the banner above to join Planet Pulse. Its totally free to sign up, and you can earn UNLIMITED. Find out more by visiting PLANET PULSE.

Tuesday, September 1, 2009

Naik sorang-sorang

Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM1.00..mesin komputer menjawab: "47 kg!"
Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: "52 kg!"

Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan: "Tolong naik sorang-sorang. . jangan ramai-ramai! "


Sumber : Mailing List afdlinshauki@yahoogroups.com (ain ahmad)



IZZI ADVERTIZING--------------------------

Koleksi Lawak

1.Cium Isteri
Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:
Isteri :Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?
Suami :Kenapa? Isteri :Tiap pagi sebelum pergi kerja,
suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan
berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka.
Kenapa abang tak buat macam tu?
Suami :Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?'

2.Bunuh Setan
Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau si
isteri menceritakan apa
yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya.'Abang,
abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuh
kan bang, dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang
betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti
membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan'. Kata si suami 'yerr
kerr?'
Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kan ,
betul tak sayanggg?
sambil ketawa.. Isteri hanya tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian,
si isteri berkata: 'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.
Si suami tersenyum panjang.
Selang dua hari kemudian,
si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.
'takpe...tunggulah malam'.
Esoknya si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan...bang' .
Si suami diam sambil mengangguk lemah.
Esoknya si isteri berkata
'banggg, jom kita bunuh syaitan... '.
Si suami tiba - tiba marah dan berkata ...........
'Ayang nie nak bunuh syaitan ke atau nak bunuh abang'

Friday, August 28, 2009

Pak Ali bukannya tamak

Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.

Pari Pari: Kenapa dengan kau?

Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.

Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.

Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.

Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali..

Pari Pari: Kenapa kau bersedih?

Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Angelina Jolie.

Pari Pari: Inikah isteri kau?

Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku..."

Pari Pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak".

Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Angelina Jolie... kau akan bawakan pula Pamela Lee...kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku...bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...". Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua".


Sumber : email daripada Syahrizal (telok Gong, Selangor)


IZZI ADVERTIZING------------------------------------

Wednesday, August 26, 2009

Bang, Bangun Bang!

Sepasang suami iseri yang telah lama mendirikan rumah tangga sering bermasam muka akibat perbalahan kecil atau selisih faham antara mereka. Pada suatu hari mereka telah bertelingkah kerana si isteri terlupa pesanan suami walaupun telah berkali-kali mengingatkannya. Seperti biasa si suami memberikan cold treatment sebagai reaksi marahnya terhadap si isteri. Dia tidak menyapa, berbual atau menegur isterinya sejak pulang dari pejabat. Malam itu si suami mengambil keputusan tidur lebih awal daripada isterinya. Sebai sahaja si suami meletakkan kepala atas bantal, dia teringat yang dia terpaksa ke Kuala Lumpur keesokan harinya untuk mesyuarat awal pagi. Dia seharusnya sampai ke lapangan terbang sebelum subuh untuk menaiki kapal terbang penerbangan pertama.
Si suami berfikir sejenak, " bagaimanakah agaknya hendak memberitahu isteriku supaya mengejutku bangun lebih awal pagi esok supaya tidak tertinggal kapal terbang?' Dia enggan mengaku kalah untuk memulakan perbualan semula dengan isterinya. Sifat ini adalah lantaran keegoaannya di samping perasaan malu yang tidak bertempat, jadi dia mengambil keputusan untuk menulis nota dan meletakkannya di atas bantal isterinya. dalam nota itu tertulis: "tolong kejutkan saya pukul 5 pagi...,saya nak ke KL 1st flight esok." Lantaran yakin yang isterinya pasti akan membaca nota berkenaan, beliau pun tidur dengan aman. Apabila tersedar esoknya, si suami merasa sangat marah kerana hari sudah tengah hari dan isterinya tidak pun mengejutkannya pagi itu. Semasa dia bingkas bangun untuk mengamuk tiba-tiba dia terlihat sekeping nota diatas bantalnya yang tertulis:
"bang, bangun bang! dah pukul 5 pagi, nnti terlepas 1st flight".

iktibar : jangan sombong terhadap orang yg sering membantu kita atau pada org yg kita perlu untuk mendapatkan bantuan terutamanya suami atau isteri sendiri.



Sumber : Email daripada Azrin (Port Klang, Selangor)



IZZI ADVERTIZING-------------------------------------------------

Tuesday, August 25, 2009

Saat indah awal perkahwinan.....

Teruna : Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama

Dara : Apakah kau rela kalau aku pergi?

Teruna : Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!

Dara : Apakah kau mencintaiku?

Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!

Dara : Apakah kau pernah berlaku curang?

Teruna : Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!

Dara : Mahukah kau menciumku?

Teruna : Ya !

Dara : Sayangku.....!

Sesudah 5 tahun perkahwinan. ....

Korang baca dari bawah ke atas pulak...... Hahahahaha


Sumber : Email daripada Hamzah (Bote, Perak)



IZZI ADVERTIZING--------------------------------

Jack, Queen, dan King

Cikgu bertanya kepada murid-muridnya, "Siapa yang pandai membilang?"

Seman mengangkat tangan.

"Betul ke kamu pandai membilang?"

"Tahu Cikgu. Ayah yang ajar."

"Baik, cuba kita lihat. Selepas tiga, berapa?"

"Empat."

"Bagus. Selepas enam?"

"Tujuh."

" Selepas sembilan?"

"Sepuluh...", jawab Seman.

"Bagus sekali. Rupanya ayah kamu benar-benar tahu bagaimana
mengajar membilang. Selepas sepuluh berapa?" tanya Cikgu lagi.

Dengan senyum penuh keyakinan, Seman menjawab, "Jack, Queen, dan
King."


Sumber : Email daripada Syarizal (Telok Gong, Selangor)


IZZI ADVERTIZING-----------------------------------------