Wednesday, September 3, 2008

1,2,3... Testing, Testing

Selamat Datang ke Blog ni yang khususkan untuk mengumpulkan segala koleksi lawak jenaka semasa aku menjelajah blog kawan-kawan dan blog sesape je. ia mungkin cerita, teka-teki teka tekup, pantun, kartun, sajak dan ape-ape je lah yang aku rasa lawak.

Dengan adalanya blog lawak sebegini, dapatlah aku dan sape2 yang stress tu merehatkan otak mereka dan mereleasekan stress. Stress lebih2 boleh menyebabkan mati pucuk dan mandul tau! So, tak yah stress.

Sebagai ucapan terima kasih, aku akan creditkan link cerita lawak tadi dengan blog yang lawaknya telah aku ambil. Win-win situation.

Pada mana2 blog owner yang rasanya lawak dia tu terlalu mahal, terlalu peribadi untuk disiarkan dalam blog aku, tak yah nak saman-menyaman bagai. Aku memang tak de duit nak bayar. Bil astro pun dua bulan sekali bayar. So, email je kat aku atau tulis je dalam komen, aku dengan suka hati akan delete kan dan sampaikan ucapan minta maaf aku.

Pada kawan-kawan yang nak share lawak ke hape email je kat aku di damak_76@hotmail.com