Sepasang suami isteri yang telah lama mendirikan rumah tangga sering bermasam muka akibat perbalahan kecil atau selisih faham antara mereka. Pada suatu hari mereka telah bertelingkah kerana si isteri terlupa pesanan suami walaupun telah berkali-kali mengingatkannya. Seperti biasa si suami memberikan cold treatment sebagai reaksi marahnya terhadap si isteri. Dia tidak menyapa, berbual atau menegur isterinya sejak pulang dari pejabat.
Malam itu si suami mengambil keputusan tidur lebih awal daripada isterinya. Sebai sahaja si suami meletakkan kepala atas bantal, dia teringat yang dia terpaksa ke Kuala Lumpur keesokan harinya untuk mesyuarat awal pagi. Dia seharusnya sampai ke lapangan terbang sebelum subuh untuk menaiki kapal terbang penerbangan pertama.
Si suami berfikir sejenak, " bagaimanakah agaknya hendak memberitahu isteriku supaya mengejutku bangun lebih awal pagi esok supaya tidak tertinggal kapal terbang?' Dia enggan mengaku kalah untuk memulakan perbualan semula dengan isterinya. Sifat ini adalah lantaran keegoaannya di samping perasaan malu yang tidak bertempat, jadi dia mengambil keputusan untuk menulis nota dan meletakkannya di atas bantal isterinya. dalam nota itu tertulis: "tolong kejutkan saya pukul 5 pagi...,saya nak ke KL 1st flight esok."
Lantaran yakin yang isterinya pasti akan membaca nota berkenaan, beliau pun tidur dengan aman. Apabila tersedar esoknya, si suami merasa sangat marah kerana hari sudah tengah hari dan isterinya tidak pun mengejutkannya pagi itu. Semasa dia bingkas bangun untuk mengamuk tiba-tiba dia terlihat sekeping nota diatas bantalnya yang tertulis:
"bang, bangun bang! dah pukul 5 pagi, nnti terlepas 1st flight".
JEJANTAS UDARA MENARA BERKEMBAR PETRONAS (Skybridge KLCC)
-
Semalam (19/02/2017) saya berkesempatan membawa anak sulong saya, Luqman
Hakim ke Jejantas Udara KLCC (Skybridge Petronas Twin Tower). Ia adalah
kejutan ke...
7 years ago